Langkau ke kandungan utama

Buy Low Sell High

 


 Kitaran Bull-Bear Market

Keadaan pasaran saham boleh dibahagikan kepada 2 situasi, iaitu
  1. Bull market (trend naik)
  2. Bear market (trend turun)
Kedua-dua situasi pasaran ini berada dalam satu kitaran yang saling ambil alih kedudukan satu sama lain. Selepas faham konsep kitaran ini, barulah kita dapat melaksanakan prinsip Buy Low, Sell High. Kita harus mempunyai kefahaman yang kukuh tentang satu fenomena pasaran, iaitu:
TIADA BULL MARKET YANG KEKAL, TIADA JUGA BEAR MARKET YANG WUJUD SELAMANYA.

Buy Low

Buy low merupakan frasa Inggeris yang bermaksud beli pada lembah pasaran.
Di sini, satu pertanyaan telah muncul, bilakah lembah akan wujud?
Rujuk ke sejarah pasaran, lembah hanya wujud di Bear market yang beremosi negatif. Emosi negatif pelabur berpunca daripada kerugian besar. Suasana yang negatif ini akan mempengaruh emosi dan pandangan orang di sekeliling. Seterusnya, orang ramai takut akan pasaran saham.
Fikiran pelabur yang penuh dengan ketakutan akan jual sahamnya tanpa mengira betapa murah harganya. Ketakutan telah mendesak mereka mengosongkan saham dalam tangannya. Semua orang tidak ingin mendekat pasaran lagi, orang ramai tidak berani untuk melabur. Oleh itu, lembah pasaran sudah terjadi.
Sebenarnya, masa inilar merupakan peluang keemasan untuk melabur dan membeli saham yang murah! Banyak guru pelaburan yang terkenal faham konsep ini dan dapat menangkap peluang ini untuk membeli saham yang amat murah.
Dalam pasaran yang sangat negatif, pelabur harus sentiasa ingat bahawa tiada bear market yang wujud selama-lamanya.

Sell High

Sell high juga merupakan frasa Inggeris yang bermaksud jual pada puncak pasaran.
Bilakah puncak pasaran ini akan muncul? Soalan ini lazim ditanya oleh semua pelabur.
Puncak pasaran selalu wujud pada masa orang ramai beremosi sangat positif terhadap pasaran dan keinginan untuk melabur adalah sangat tinggi. Orang yang beruntung dalam saham akan mencetuskan ketamakan orang lain untuk melabur. Tambahan pula, orang yang sudah untung berazam untuk mencari lagi banyak untung.
Ketamakan telah mendorong orang ramai meletakkan wang mereka dalam pasaran. Seterusnya, harga saham telah ditolak ke paras yang sangat mahal. Semua orang beli saham tanpa mengira betapa mahal harganya. Mereka cuma ingin beruntung dalam pasaran saham. Ketamakan telah mengawal fikiran orang ramai!
Sebenarnya, keadaan ini membekalkan peluang keemasan untuk kita jual saham dengan harga yang sangat tinggi.
Harus berwaspada dalam pasaran yang terlalu positif kerana tiada bull market yang kekal selamanya.

Ulasan