Langkau ke kandungan utama

Company Warrant



Company warrant adalah hak terbitan yang dipunyai oleh pemegang untuk menukar warrant jadi saham induk dengan bayaran tertentu dalam tempoh masa yang tertentu.

Company warrant merupakan salah satu sekuriti kewangan yang dilancarkan oleh bursa saham, urus niaga warrant adalah seperti jual beli saham biasa. Oleh itu, banyak pelabur jual beli warrant di pasaran terbuka kerana harganya yang murah dan mempunyai potensi kenaikan yang lebih seiring tetapi ‘laju’ dengan harga induknya.
Pemegang warrant hanya terdapat 2 pilihan:
  • Menebus warrant kepada saham induk (mother share)
  • Jual beli warrant di pasaran saham

Kod Company Warrant

Sekarang marilah kita belajar cara mengenalpasti company warrant yang didagangkan di pasaran. Anda akan faham selepas membaca contoh di bawah.
Contoh:
DIALOG-WA
DIALOG-WB
DIALOG-WC
Bahagian depan yang berwarna merah adalah nama syarikat.
Huruf “W” adalah singkatan company warrant.
Huruf terakhir adalah urutan penerbitan company warrant di mana “A” adalah warrant pertama diterbitkan; “B” adalah warrant kedua; “C” adalah warrant ketiga.
Parameter Warrant
  1. Exercise Price: Harga tebusan untuk menjadi saham induk.
  2. Conversion Ratio: Bilangan warrant yang diperlukan untuk menebus jadi 1 unit saham induk.
  3. Maturity Date: Tarikh luput warrant.
  4. Gearing: Tahap leverage. Nilai gearing makin tinggi, maka risiko makin tinggi.
  5. Premium: Diskaun harga semasa saham kepada kos penebusan warrant. Nilai premium makin rendah, makin baik.

Pengiraan Kos Penebusan Warrant

Pelabur wajib membayar jumlah exercise price untuk menukar warrant menjadi saham induk. Formula pengiraan kos penebusan adalah seperti berikut:
Jumlah kos penebusan = (Kos Pembelian Warrant) + (Exercise Price)
Contoh:
Warrant A
Exercise Price: $ 2
Maturity Date: 31 Dec 2014
Conversion Ratio: 1 for 1
Beli 100 unit warrant A di pasaran terbuka dengan $ 1. ($ 1 x 100 unit = $ 100)
Menebus warrant A menjadi saham induk sebelum 31 Dec 2014.
Bayar $ 2 untuk setiap unit. ( $ 2 x 100 unit = $ 200)
Sekarang, anda memegang 100 unit saham A.
Kos keseluruhan = (Kos beli warrant) + (Exercise Price) = ($ 100) + ($ 200) = $ 300

Notis Penting dalam Pelaburan Warrant

Pelabur harus diingatkan bahawa warrant bukan saham syarikat tetapi hak terbitan yang diisukan oleh syarikat tetapi bukan hak pemilikan syarikat.
  • Pemegang warrant tidak berhak menikmati dividen, right issue atau bonus issue
  • Tidak berhak undi dalam apa jua resolusi dan mesyuarat agung
  • Warrant akan hilang kelayakannya selepas tarikh luputnya
  • Turun naik warrant lebih agresif daripada saham induk (bergantung kepada nisbah Gearing)

Tips-tips Pelaburan Warrant

  1. Maturity Date yang lama. Lagi lama warrant hendak luput lagi bernilai warrant tersebut.
  2. Saham induk yang berpontensi melepasi Exercise Price warrant.
  3. Jual warrant apabila saham induk dalam tren turun dan tiada pontensi untuk melepasi Exercise Price.  Warrant akan turun lagi agresif.
  4. Nilai premium yang rendah. Nilai premium makin rendah, makin mudah untuk saham induk melepasi Exercise Price.

Ulasan