Langkau ke kandungan utama

Exchange Traded Funds

 



Exchange Traded Fund (ETF) adalah dana dagangan yang melabur di dalam sekumpulan saham atau bon atau lain-lain instrumen yang menjejaki prestasi sesuatu indeks. ETF adalah disenaraikan dan didagangkan di bursa saham.

Kebaikan ETF

1. Diniaga seperti saham
Sama seperti saham, pelabur boleh membeli dan menjual ETF pada bila-bila masa sepanjang hari dagangan.
2. Diversifikasi
Dapatkan pendedahan kepada kelompok sekuriti dalam satu transaksi. Ianya cara yang efisien untuk memperolehi diversifikasi serantau dan antarabangsa.
3. Kos rendah
ETF tidak mengenakan caj jualan dan mempunyai yuran pengurusan yang lebih rendah (<1% berbanding dana yang lain).
4. Cukup telus
Harga ETF boleh diperolehi pada masa sebenar sepanjang hari dagangan. Malah portfolio pelaburan adalah cukup telus dalam pengamatan indeks ETF.

Ulasan