Future Kuala Lumpur Index (FKLI) ialah perjanjian kontrak di antara pihak pembeli dan penjual dengan menetapkan harga urus niaga indek KLCI pada masa hadapan.
Cerita ini bermula dengan 2 pihak yang berpendapat bertentangan terhadap
gerakan harga aset. Pendapat salah satu pihak yang positif, harga aset
akan naik dan pihak lain pula berpendapat harga aset akan turun. Maka
dengan ini, suatu perjanjian didagangkan di antara 2 pihak tersebut.
Keputusan perjanjian tersebut bergantung kepada gerakan aset yang
sebenar.
Ciri-ciri FKLI:
- Harga kontrak FKLI akan mengikut gerakan Kuala Lumpur Composite Index (KLCI)
- Boleh berdagang dalam 2 hala
Secara ringkasnya, FKLI melibatkan elemen:
- Pembeli dan LONG kontrak
- Penjual dan SHORT kontrak
- Harga kontrak yang didagangan
- Tempoh masa kontrak
LONG vs SHORT Kontrak
Pihak pembeli yang memegang LONG kontrak akan beruntung dalam pasaran
yang naik, manakala pihak penjual yang memegang akan beruntung dalam
pasaran yang turun.
Anda akan lebih faham tentang FKLI selepas membaca contoh di bawah.
Sebuah kontrak FKLI (bulan Agos, 2014) telah didagangkan pada 1840.
Sekarang FKLI didagangkan pada 1860, harga kontrak telah naik sebanyak 20 mata.
Sekarang FKLI didagangkan pada 1860, harga kontrak telah naik sebanyak 20 mata.
- Pembeli (LONG kontrak) akan beruntung sekiranya dia tutup kontraknya pada 1860.
- Penjual (SHORT kontrak) akan berugi sekiranya dia tutup kontraknya pada 1860.
Sebaliknya, FKLI telah jatuh ke 1820, jatuh sebanyak 20 mata.
- Pembeli (LONG kontrak) akan berugi sekiranya dia tutup kontraknya pada 1820.
- Penjual (SHORT kontrak) akan beruntung sekiranya dia tutup kontraknya pada 1820.
Perkara lain yang penting adalah tempoh masa kontrak. Kontrak perlu
ditutupkan sebelum hari perdagangan terakhir dalam bulan kontrak. Bursa
saham akan menjalankan proses penutupan secara paksa jika pelabur tidak
menutup kontraknya.
Pasaran FKLI
Masa Urusniaga FKLI:
- Sesi Trading Pagi: 8.45 am – 12.45 pm
- Sesi Trading Petang: 12.30 pm – 5.15 pm
Turun naik harga minimum: Setiap 0.5 mata indek bernilai RM 25
Ulasan
Catat Ulasan