Langkau ke kandungan utama

Real Estate Investment Trusts (REITs)


 Hartanah adalah kelas aset yang penting dalam portfolio pelaburan. Pelaburan hartanah bukan sahaja boleh mendatangkan pulangan dalam bentuk sewa bulanan, pelabur juga boleh menikmati kenaikan nilainya. Pada masa kini, harga hartanah yang semakin tinggi telah menjadi satu beban yang besar kepada pelabur.

Adakah harga hartanah yang tinggi akan menghalang kita melabur dalam sektor ini?

Alternatif Dalam Pelaburan Hartanah

Sebelum Real Estate Investment Trusts (REITs) diperkenalkan di Malaysia, pilihan pelaburan hartanah hanya terhad kepada hartanah fizikal (rumah) atau saham syarikat hartanah sahaja. Kini, pilihan alternatif dalam pelaburan hartanah telah terbuka kepada pelabur, iaitu melabur dalam REITs dengan modal yang kecil.
Operasi yang dijalankan oleh REITs:
  1. Dana yang memiliki dan menguruskan hartanah komersial (kompleks membeli-belah, hospital, ladang, harta industri, hotel dan blok pejabat).
  2. Sebahagian besar pendapatan yang dijanakan di bawah REITs adalah berkaitan dengan hartanah.
  3. Sekurang-kurangnya 90% dari jumlah pendapatannya diagihkan kepada pelabur setiap tahun.
  4. REITs tersenarai di bursa saham dan diniagakan seperti saham biasa.

Mengapa Melabur Di Dalam REITs?

Manfaat melabur di dalam REITs yang tersenarai:
  • Mampu milik: Kos untuk melabur di dalam REITs adalah rendah.
  • Kecairan/Mudah tunai: Unit REITs yang tersenarai mudah ditukarkan kepada wang tunai.
  • Aliran pendapatan yang stabil: Pendapatan yang stabil (kebiasaannya dalam bentuk dividen) kepada pemegang unit.
  • Pengurusan profesional: Dana dan hartanah di dalam REITs diuruskan oleh pengurus profesional.

Ulasan