Langkau ke kandungan utama

Pengenalan tentang Saham

 Saham



Pengenalan tentang Saham

Penerbitan Saham

Tujuan utama syarikat menerbitkan saham adalah untuk memperoleh dana supaya operasi diteruskan dan mengembangkan perniagaan tanpa membuat pinjaman daripada lain-lain sumber seperti bank perdagangan. Hal ini demikian kerana faedah pinjaman bank boleh membebankan syarikat dan seterusnya meningkatkan risiko kewangan syarikat. Oleh itu, syarikat selalu mengumpulkan dana melalui kaedah pengisuan saham.

Hak Pelabur Saham

Hak pemegang saham adalah seperti berikut.

1. Setiap saham adalah hak pemilikan syarikat yang kecil.

2. Pemegang saham berhak undi dalam mesyuarat agung syarikat.

3. Pemegang saham boleh menikmati 2 jenis manfaat, iaitu sebahagian keuntungan syarikat yang diagihkan dalam bentuk dividen dan juga kenaikan harga saham.

Risiko

Setiap jenis pelaburan mempunyai risiko yang tertentu. Prestasi perniagaan syarikat, dasar kerajaan, ekonomi negara, bencana alam dan faktor lain yang akan mempengaruhi harga saham. Ada juga kemungkinan semua wang pelaburan hilang jika syarikat menutup perniagaannya. Selain itu, terdapat saham yang tidak aktif, perdagangan sukar dijalankan kerana permintaannya yang rendah.

Oleh itu, analisa fundamental dan teknikal memainkan peranan penting dalam pemilihan saham supaya keputusan pelaburan yang dibuat adalah bijak. Stategik yang betul juga menjaminkan risiko pelaburan dikurangkan.

Perancangan

Pelabur yang cekap akan merancangkan portfolia pelaburan yang terdiri daripada beberapa sektor untuk merendahkan risikonya.

Senarai di bawah menunjukkan sektor-sektor yang dikategorikan oleh Bursa Malaysia.how-to-find-the-right-investor-for-your-business

    Consumer Products

    Construction

    Finance

    Hotels

    Industrial

    Industrial Products

    Infrastructure Project Companies (IPC)

    Mining

    Plantations

    Properties

    Technology

    Trading/Service

    Special Purpose Acquisition Companies (SPAC)

    Real Estate Investment Trust (REIT)

Strategik

Selain strategik kepelbagaian dalam pelaburan, pelabur harus merancangkan dan menentukan strategik lain dalam setiap perdagangan. Strategik harus sentiasa mematuhi prinsip-prinsip keemasan supaya boleh elakkan kerugian yang besar dan mendapat untung yang tinggi. Jika pelabur tidak mematuhi prinsip yang penting, maka peluang untuk mencapai kejayaan adalah menghampiri kosong dan mudah mengalami kerugian yang besar.

Kesimpulan

Pelabur yang bijak akan meneliti faktor-faktor yang akan mempengaruhi harga saham semasa memilih sasaran pelaburan. Selepas membeli saham, pelabur perlu mematuhi peraturan yang tertentu untuk memastikan keputusan penjualan adalah betul.

Ulasan