Langkau ke kandungan utama

Bursa Malaysia (Kuala Lumpur Stock Exchange)



Marilah kita sama-sama menjejaki sejarah saham yang menarik.

Sebenarnya pasaran saham telah wujud di dunia kita selama beratus-ratus tahun. Berdasarkan Buku Rekod DuniaGuinness, bursa saham yang tertua di dunia adalah Bursa Saham Amsterdam, Belanda. Pada tahun 1602, bursa saham tersebut telah mengisukan saham tercetak bagi United East India Company of Netherlands.
Pada kurun ke-17, minat yang mendalam telah wujud di kalangan orang Eropah untuk belayar dan meneroka dunia baru. Tetapi, mereka menghadapi masalah kekurangan modal kerana setiap penerokaan berkenaan memerlukan banyak peruntukan bagi pembiayaan kelengkapan dan persediaan pelayaran.
Dari sinilah dikatakan bermulanya idea penubuhan syarikat yang menawarkan saham, di mana kos pembiayaan atau peruntukan sesuatu pelayaran itu ditawarkan kepada orang ramai. Maka dengan ini, kerugian dapat diminimumkan apabila kegagalan telah berlaku dalam penerokaan.
Bursa saham yang menguruskan perdagangan saham telah wujud!
Selepas penawaran saham mendapat sambutan yang hebat daripada orang ramai, maka semakin ramai syarikat yang mengikut jejak dalam perjalanan ini. Dalam abad yang seterusnya, kemajuan manusia tidak berhenti. Bursa saham bukan terhad dalam urus niaga saham sahaja tetapi juga menawarkan beberapa saluran pelaburan yang baru.
Sudahkah anda bersedia?
Sebelum belajar prinsip dan strategik pelaburan, anda harus memahami produk yang didagangkan di bursa saham Malaysia.
Securities:
  1. Saham
  2. Initial Public Offering (IPO)
  3. Company Warrant
  4. Structured Warrant
  5. Real Estate Investment Trusts (REITs)
  6. Exchange Traded Fund (ETF)
Derivatives:
  1. Future Kuala Lumpur Index (FKLI)




Ulasan