Jangan Pilih Saham Lemah
Pasaran saham terdapat satu fenomena yang nyata selepas pasaran sudah naik beberapa tahun, iaitu,
Saham yang baik dan kuat, kenaikannya selalu akan melanjut; sebaliknya, saham yang lemah akan meneruskan kejatuhannya.
Kebanyakan pelabur tidak sedar dengan fenomena ini dan selalu berulang
kesilapan yang sama, iaitu, memilih saham yang lemah tetapi bukan saham
yang kuat. Kejadian ini berpunca daripada sifat kemanusiaan yang tidak
suka mengambil risiko dan ingin menikmati trend naik dari mula hingga
akhir.
Saham Kuat vs Saham Lemah
Pelabur gemar membeli saham yang masih tidak naik, yang bersifat lemah,
kerana mereka berpendapat bahawa saham tersebut belum bergerak, peluang
untuk naik lebih tinggi dan berisiko rendah.
Di sampingan itu, kebanyakan pelabur tidak melabur dalam saham yang
kuat, mereka berpendapat bahawa kaunter tersebut telah naik ke paras
harga yang tinggi dan berisiko tinggi.
Pelabur harus faham bahawa saham yang baik akan menarik perhatian
institusi kewangan, institusi pelaburan, dan pelabur professional untuk
melaburnya. Oleh itu, harga saham tersebut akan menjadi tinggi.
Sebaliknya, saham yang lemah mestilar terdapat masalah yang tertentu.
Akibatnya, harganya yang rendah dan lemah kerana pelabur dan institusi
professional tidak berminat untuk melaburnya.
Saham yang lemah selalu akan menunjukkan lantunan yang sementara,
lantunan inilar yang menarik perhatian orang ramai untuk membelinya.
Selepas lantunan yang sementara, saham tersebut mudah kembali kepada
keadaannya yang lemah.
Pelari yang Kuat
Demi mengaplikasikan prinsip ini, pelabur harus berusaha dan memberi perhatian dalam saham yang kuat.
Ciri-ciri saham yang kuat:
- Prestasinya lebih baik daripada index (kenaikannya lebih baik daripada index).
- Pergerakan harga selaras dengan volume.
- Lembah yang terbentuk semakin tinggi.
- Simple Moving Average 10 minggu menuju ke atas.
Ulasan
Catat Ulasan