Pengenalan
Syarikat yang tersenarai (Listed companies) perlu menerbitkan
- Laporan sukuan (Quarterly report)
- Laporan tahunan (Annual report)
Format laporan tahunan ditentukan oleh bursa saham supaya informasi yang
terkandung adalah berkualiti supaya menjaminkan kepentingan pelbagai
pihak.
Perkara Penting Laporan Tahunan
Dalam laporan tahunan, perkara-perkara yang penting adalah seperti berikut:
1. Profil Pengarah (Director’s Profile)
- Pengenalan kepada pengarah syarikat. Umur, latar belakang, pengalaman pengarah dan bilangan saham yang dipegang akan tercatat di sini.
2. 5 tahun Keputusan Kewangan Kumpulan (5 years’ Group Financial Highlight)
- Keputusan perniagaan dan status kewangan syarikat bagi 5 tahun yang lalu.
3. Perniagaan Kumpulan (The Group’s Businesses)
- Jenis perniagaan yang dijalankan.
4. Penyata Pengerusi (Chairman’s Statement)
- Mesej pengerusi syarikat yang disampaikan kepada pemegang saham.
5. Penyata Kewangan (Financial Statement)
- Penyata Pendapatan (Income Statement)
– Penyata yang menerangkan keuntungan atau kerugian perniagaan syarikat.
- Penyata Posisi/ Kedudukan Kewangan (Balance Sheet)
– Penyata yang menerangkan jumlah aset, liabiliti dan ekuiti yang dipunyai oleh syarikat.
- Penyata Perubahan Ekuiti (Statement of Change in Equity)
– Penyata yang terkandung butir-butir perubahan dalam ekuiti sepanjang tahun.
- Penyata Aliran Tunai (Cash Flow Statement)
– Penyata ini membentangkan pengaliran tunai syarikat.
- Nota berkenaan Penyata Kewangan (Notes to the Financial Statements)
– Penjelasan lanjutan kepada 3 penyata kewangan tersebut.
6. Senarai Hartanah Kumpulan (List of Group Properties)
- Senarai tanah, bangunan, hartanah yang dipunyai oleh syarikat.
7. Analisa Pemegang Saham (Analysis of Shareholding)
- Senarai nama 30 pemegang saham syarikat terbesar.
Anda boleh melayari dan muat turun laporan tahunan syarikat Malaysia yang tersenarai di laman web www.bursamalaysia.com.
Ulasan
Catat Ulasan