Lepaskan Pemenang Terlalu Awal
Salah satu kesilapan yang dilakukan oleh pelabur adalah terlalu awal
lepas saham yang beruntung, tergesa-gesa mengambil profit. Yang sedih
hati ialah saham tersebut masih naik tidak berhenti selepas kita
lepasnya. Kesilapan ini berpunca daripada kelemahan manusia yang tidak
mempunyai kesabaran yang baik, tidak bersabar melihat hasilnya.
Sebenarnya, kita harus memastikan perdagangan saham sentiasa mengikut
prinsip yang diterangkan di bawah supaya sabar menunggu hasilnya.
Kelemahan Sifat Pelabur
Marilah kita sama-sama mengkaji perubahan emosi pelabur yang pegang
saham beruntung. Jika anda berjaya memilih saham yang baik, maka ia akan
mencabar kesabaran anda sepanjang tren naik.
Adakah anda boleh memegangnya sepanjang tren naik?
Biasanya, manusia akan berisau naik turun saham akan termakan untungnya.
Akibatnya, mereka jual saham itu dengan merealisasikan untung yang
kecil. Mereka berasa gembira dan cukup dengan untung tersebut, maka
lepaskan saham yang baik dan pergi mencari pilihan lain.
Kerisauan manusia terhadap saham yang dalam tren naik mendorong kita
jual saham yang beruntung. Selain itu, kesabaran yang lemah dan sikap
manusia yang mudah puas hati juga akan menghalang kita mendapat
keuntungan yang lumayan dalam pasaran saham.
Semua ini merupakan sifat semula jadi manusia yang menghalang kita berjaya dalam pasaran ini.
Biar Untung Berterus
Sebenarnya, kita harus pegang saham yang beruntung dengan penuh
kesabaran dan biar untung berlari. Waktu jual saham patut berdasarkan
akal yang logik tetapi bukan bertindak mengikut emosi kita. Jual saham
yang sedang naik dibagaikan seperti menutup perniagaan yang untung.
Cuba anda bayangkan, anda mempunyai sebuah restoran yang beruntung, adakah anda akan menutupnya?
Anda hanya akan tutup perniagaan yang berugi, setuju?
Dalam keadaan yang sama, adakah anda akan jual saham yang sedang
naik? Pelabur harus simpan saham yang sedang beruntung dan lepaskan
saham yang rugi.
Dalam realiti, kebanyakan pelabur bertindak bertentangan, mereka jual
saham yang untung, tetapi pegang saham yang rugi. Hal ini kerana pelabur
menaruh harapan kepada saham yang tidak baik, saham yang rugi; mereka
tidak ingin menerima kenyataan bahawa pelaburannya tidak baik.
Akhirnya, saham yang lemah akan mendatangkan lagi banyak rugi. Pelabur
harus menyingkirkan harapan dan maruah diri untuk mengakui kesilapan
diri dalam pelaburan.
Alasan Jual Saham
Emosi
manusia (kerisauan, tidak sabar, mudah terasa puas) yang mengawal
fikiran kita dalam perdagangan saham tetapi bukan berdasarkan akal yang
logik. Demi mengelakkan kelemahan ini, kita hendak sentiasa mematuhi
peraturan ini:
Saham
yang sudah beruntung tidak patut dijadikan alasan untuk jual saham,
hanya jual saham apabila prestasinya tidak memuaskan atau kelemahannya
tertunjuk.
Ulasan
Catat Ulasan