Formula 100% beruntung tidak wujud!
Pelabur harus sedar bahawa kerugian dalam pelaburan adalah tidak boleh dielakkan. Pelaburan yang gagal akan menyebabkan
- Kerugian modal
- Kebaziran masa
Konsep Stop Loss perlu dipertimbangkan daripada aspek modal dan masa.
Perlindungan Modal
Prinsip perlindungan modal amat penting dalam pelaburan supaya modal
kita terlindung sebelum mendatangkan sebarang pulangan. Tidak boleh
dinafikan bahawa kerugian tidak boleh dielakkan, tetapi kita boleh
meminimumkan kerugian dengan strategik yang betul.
Apakah cara yang memastikan kerugian hanya dalam kuantiti yang kecil?
Jawapan ialah penentuan “Titik Stop Loss”. Titik Stop Loss ialah titik
penjualan yang ditentukan dalam setiap pelaburan yang rugi.
Titik Stop Loss yang dicadangkan ialah 10% – 15%.
Kes Contoh:
Peratus Stop Loss ialah 10%.
Titik Stop Loss harus selaras dengan harga tertinggi.Harga tutup saham jatuh ke titik Stop Loss, maka terus jual saham tersebut.
Titik Stop Loss harus selaras dengan harga tertinggi.Harga tutup saham jatuh ke titik Stop Loss, maka terus jual saham tersebut.
Harga pembelian saham: $10.00
Titik Stop Loss: $9.00
Titik Stop Loss: $9.00
Jika
harga tutup saham tidak jatuh hingga paras $9, maka pelabur tidak akan
jual sahamnya. Sekiranya harga tertinggi saham telah naik kepada $13,
maka titik Stop Loss sepatutnya dilaras kepada paras $11.7. Jika harga
saham tutup pada paras titik Stop Loss, saham tersebut patut dijualkan.
Kaedah ini boleh mengawal kerugian dalam 10%.
Penghargaan Masa
Masa juga merupakan elemen yang penting dalam pelaburan. Pelaburan yang
tidak baik akan memperangkap modal kita. Modal yang terperangkap akan
menghapuskan peluang pelaburan lain kerana modal kita tidak bebas guna
lagi. Keadaan ini merugikan pelabur kerana dalam tempoh masa itu modal
tersebut tidak membawa sebarang pulangan. Oleh itu, strategik Stop Loss
perlu ditetapkan dari segi masa.
Tempoh Stop Loss yang dicadangkan ialah 3 minggu.
Kes Contoh:
Stop Loss yang ditetapkan dalam aspek masa ialah 3 minggu.
Tempoh masa ini mula berkira pada hari pembelian.
Harga pembelian saham: $30
Harga saham bergerak dalam ruang yang sempit, berulang-alik antara $29
hingga $31. Selepas 3 minggu, saham tersebut masih tidak membawa
keputusan yang baik, maka pelabur boleh menjualnya walaupun saham
tersebut tidak menyentuh titik stop loss (10%).
Kaedah ini boleh menjamin modal pelabur tidak terperangkap dalam pelaburan yang tidak baik.
Ulasan
Catat Ulasan