Langkau ke kandungan utama

Catatan

Penyata Pendapatan (Income Statement)

Penyata pendapatan menunjukkan perniagaan syarikat membawa keuntungan atau kerugian pada akhir tahun kewangan. Formula yang digunakan ialah: Pendapatan – Kos = Keuntungan bersih Revenue – Cost = Net profit Perkara-perkara yang terkandung dalam penyata pendapatan:

Laporan Tahunan

  Pengenalan Syarikat yang tersenarai  ( Listed companies )  perlu menerbitkan Laporan sukuan  (Q uarterly  report ) Laporan tahunan  (A nnual  report ) Format laporan tahunan ditentukan oleh bursa saham supaya informasi yang terkandung adalah berkualiti supaya menjaminkan kepentingan pelbagai pihak. Sebelum melanjut ke bawah, b aca Kisah Laporan Kewangan dulu. Perkara Penting Laporan Tahunan Dalam laporan tahunan, perkara-perkara yang penting adalah seperti berikut: 1. Profil Pengarah  (Director’s Profile) Pengenalan kepada pengarah syarikat. Umur, latar belakang, pengalaman pengarah dan bilangan saham yang dipegang akan tercatat di sini. 2. 5 tahun Keputusan Kewangan Kumpulan  (5 years’ Group Financial Highlight) Keputusan perniagaan dan status kewangan syarikat bagi 5 tahun yang lalu. 3. Perniagaan Kumpulan  (The Group’s Businesses) Jenis perniagaan yang dijalankan. 4. Penyata Pe...

Fundamental

  Saham adalah sebuah cermin yang menggambarkan prestasi perniagaan syarikat. Status kewangan, kualiti pengurusan dan jenis perniagaan syarikat merupakan faktor penting dalam pelaburan saham. Laporan Tahunan (Annual Report) Penyata Pendapatan (Income Statement) Penyata Kedudukan Kewangan (Balance Sheet) Penyata Perubahan Ekuiti (Statement of Change in Equity) Penyata Aliran Tunai (Cash Flow Statement) Nisbah Kewangan Industri

Buy The Strong Sell The Weak

  Jangan Pilih Saham Lemah Pasaran saham terdapat satu fenomena yang nyata selepas pasaran sudah naik beberapa tahun, iaitu, Saham yang baik dan kuat, kenaikannya selalu akan melanjut; sebaliknya, saham yang lemah akan meneruskan kejatuhannya. Kebanyakan pelabur tidak sedar dengan fenomena ini dan selalu berulang kesilapan yang sama, iaitu, memilih saham yang lemah tetapi bukan saham yang kuat. Kejadian ini berpunca daripada sifat kemanusiaan yang tidak suka mengambil risiko dan ingin menikmati trend naik dari mula hingga akhir. Saham Kuat vs Saham Lemah Pelabur gemar membeli saham yang masih tidak naik, yang bersifat lemah, kerana mereka berpendapat bahawa saham tersebut belum bergerak, peluang untuk naik lebih tinggi dan berisiko rendah. Di sampingan itu, kebanyakan pelabur tidak melabur dalam saham yang kuat, mereka berpendapat bahawa kaunter tersebut telah naik ke paras harga yang tinggi dan berisiko tinggi. Pelabur harus faham bahawa saham yang baik akan...

Let The Profits Run

Lepaskan Pemenang Terlalu Awal Salah satu kesilapan yang dilakukan oleh pelabur adalah terlalu awal lepas saham yang beruntung, tergesa-gesa mengambil profit. Yang sedih hati ialah saham tersebut masih naik tidak berhenti selepas kita lepasnya. Kesilapan ini berpunca daripada kelemahan manusia yang tidak mempunyai kesabaran yang baik, tidak bersabar melihat hasilnya. Sebenarnya, kita harus memastikan perdagangan saham sentiasa mengikut prinsip yang diterangkan di bawah supaya sabar menunggu hasilnya. Kelemahan Sifat Pelabur Marilah kita sama-sama mengkaji perubahan emosi pelabur yang pegang saham beruntung. Jika anda berjaya memilih saham yang baik, maka ia akan mencabar kesabaran anda sepanjang tren naik. Adakah anda boleh memegangnya sepanjang tren naik? Biasanya, manusia akan berisau naik turun saham akan termakan untungnya. Akibatnya, mereka jual saham itu dengan merealisasikan untung yang kecil. Mereka berasa gembira dan cukup dengan untung tersebut, maka lepaskan ...

Stop Loss

  Formula 100% beruntung tidak wujud! Pelabur harus sedar bahawa kerugian dalam pelaburan adalah tidak boleh dielakkan. Pelaburan yang gagal akan menyebabkan Kerugian modal Kebaziran masa Konsep Stop Loss perlu dipertimbangkan daripada aspek modal dan masa. Perlindungan Modal Prinsip perlindungan modal amat penting dalam pelaburan supaya modal kita terlindung sebelum mendatangkan sebarang pulangan. Tidak boleh dinafikan bahawa kerugian tidak boleh dielakkan, tetapi kita boleh meminimumkan kerugian dengan strategik yang betul. Apakah cara yang memastikan kerugian hanya dalam kuantiti yang kecil? Jawapan ialah penentuan “Titik Stop Loss”. Titik Stop Loss ialah titik penjualan yang ditentukan dalam setiap pelaburan yang rugi. Titik Stop Loss yang dicadangkan ialah 10% – 15%. Kes Contoh: Peratus Stop Loss ialah 10%. Titik Stop Loss harus selaras dengan harga tertinggi. Harga tutup saham jatuh ke titik Stop Loss, maka terus jual saham tersebut. Harga pem...

Bursa Malaysia (Kuala Lumpur Stock Exchange)

Marilah kita sama-sama menjejaki sejarah saham yang menarik. Sebenarnya pasaran saham telah wujud di dunia kita selama beratus-ratus tahun. Berdasarkan Buku Rekod DuniaGuinness, bursa saham yang tertua di dunia adalah Bursa Saham Amsterdam, Belanda. Pada tahun 1602, bursa saham tersebut telah mengisukan saham tercetak bagi United East India Company of Netherlands. Pada kurun ke-17, minat yang mendalam telah wujud di kalangan orang Eropah untuk belayar dan meneroka dunia baru. Tetapi, mereka menghadapi masalah kekurangan modal kerana setiap penerokaan berkenaan memerlukan banyak peruntukan bagi pembiayaan kelengkapan dan persediaan pelayaran. Dari sinilah dikatakan bermulanya idea penubuhan syarikat yang menawarkan saham, di mana kos pembiayaan atau peruntukan sesuatu pelayaran itu ditawarkan kepada orang ramai. Maka dengan ini, kerugian dapat diminimumkan apabila kegagalan telah berlaku dalam penerokaan. Bursa saham yang menguruskan perdagangan saham telah...